Green Studio merupakan satu bangunan yang dibina berkonsepkan Teknologi Alam Sekitar. PSIS merupakan pelopor utama dalam usaha memperkenalkan bidang tujahan PSIS iaitu Teknologi Alam Sekitar yang mana menggabungkan elemen teknologi IBS dan Alam Sekitar. Disamping jimat dalam penggunan bahan mentah seperti simen dan kayu, Green Studio juga menggunakan Solar Panel sebagai sumber bekalan elektrik.Pembinaan bangunan mesra alam yang menggunakan teknologi IBS bata lego dan kerangka bumbung pasang siap.Disamping itu juga, terdapat sistem penuaian air (SPAH) sebagai sumber bekalan air.
Terima kasih semua pihak yang membantu dalam usaha merealisasikan cita-cita COT PSIS (CENTA) untuk menerajui pembinaan berasaskan Teknologi Alam Sekitar.
Green Studio ini juga mendapat kerjasama kolaborasi dengan industri pembinaan iaitu IBS Garden dan Terreal Sdn Bhd.
DIARI COT PSIS: GREEN STUDIO berkonsepkan Teknologi Alam Sekitar
DIARI COT PSIS: PSIS SMART GREEN PARK 2015
Projek ini adalah projek usahasama daripada Jab. Kej. Awam (JKA) & Jab. Kej. Elektrik (JKE), Centre of Technology (COT) dan Unit Keusahawanan.
Projek ini menekankan kemahiran dan kreativiti dalam menaik taraf kemudahan yang ada di dataran JKA & JKE.
JKA terlibat secara langsung dalam urusan kerja-kerja membina bangku, rain water harvesting, tong kitar semula.
Manakala dari JKE adalah kerja-kerja pendawaian, pemasangan panel solar, Wi-Fi, socket dan lampu. Usaha gabungan ini adalah kali pertama dalam mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar.
Disamping itu juga CWASCO adalah projek pengkomersialan minyak masak terpakai. PSIS menjadi pelapor utama dalam usaha untuk menggalakan pelajar, staf, orang kampung dan sekolah2 berhampiran untuk menyahut usaha murni ini. Minyak masak yang terpakai boleh dijual dan digunakan semula untuk tujuan pembuatan biodiesel. Daripada minyak masak ini dibuang dibelakang rumah, dilongkang, adalah lebih baik dikumpulkan dan dihantar di pusat pengumpulan. Idea ini bukan baru tetapi tahap kesedaran masyrakat kita adalah sangat lemah dan tidak ambil peduli kesan kepada alam sekitar.
Marilah kita bersama menjaga alam sekitar kita dan sentiasa beringat untuk turut sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dengan lebih konsisten.
Dilancarkan oleh bekas pengarah PSIS iaitu En Sulong Bin Yahaya sebelum beliau berpindah ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.
Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Politeknik iaitu Dato' Mukhlis Bin Jaafar.
Turut sama hadir Yb Fasiah Fakeh dan Yb Kamarudin Zaki.
Tarikh perasmian: 10 Febuari 2015
Tempat: Politeknik Sultan Idris Shah
Dirasmikan oleh: Ketua Pengarah Politeknik iaitu Dato' Mukhlis Bin Jaafar.
DIARI COT PSIS: SEMINAR ENVIRO POLY 2016 Peringkat Kebangsaan
SEMINAR ENVIRO POLY 2016 telah dijalankan pada:
Tarikh: 7& 8 September 2016
Tempat: Politeknik Sultan Idris Shah
Dirasmikan oleh: Yb Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Maklumat lanjut berkaitan program,sila rujuk link dibawah
Sejarah penubuhan CENTA,PSIS
Ditubuhkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PSIS pada tahun 2014. Ianya ditubuhkan selaras dengan bidang tujahan yang ditetapkan iaitu Alam Sekitar. Pada tahun 29 September 2016, ia kemudiannya telah ditukar nama dan di istihar kepada Centre of Environmental Technology (CENTA) sejajar dengan nama dan fungsinya, yang berfokuskan kepada bidang tujahan Teknologi Alam Sekitar.
Maksud Centre of Environmental Technology (CENTA)
Visi Centre of Environmental Technology (CENTA)
Menjadi Pusat Kecemerlangan dalam bidang Teknologi Alam Sekitar yang memenuhi taraf Antarabangsa