Penilaian COT

Penilaian adalah satu tanggungjawab pengurusan yang dilakukan secara berterusan untuk menilai pelaksanaan pencapaian COT. Aktiviti penilaian yang dijalankan termasuk verifikasi aktiviti atau projek COT yang telah dilaksanakan dan mengukur pencapaian elemen-elemen yang ditetapkan. Lampiran D – COT Evaluation Elements & Weightage Distribution  menyenaraikan elemen-elemen yang dinilai dan agihan pemberatan.
   
Setiap COT di politeknik perlu melalui proses penilaian yang piawai sebelum dapat diiktiraf sebagai mencapai status COT. Pemantauan dan penilaian COT di politeknik akan dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu:


A. Penilaian Kendiri

Penilaian Kendiri COT merupakan satu aktiviti di bawah portfolio Timbalan Pengarah Akademik politeknik masing-masing di mana Pihak Pengurusan COT Politeknik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada pelaksanaan penilaian ini. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur dan memantau prestasi pencapaian COT di politeknik tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantau kekuatan dan kelemahan COT politeknik bagi pelaksanaan penambahbaikan secara berterusan.

Pihak pengurusan COT politeknik bertanggungjawab untuk memastikan penilaian kendiri tersebut dilaksanakan. Pihak pengurusan COT politeknik perlu menilai semua aktiviti atau projek COT dengan bantuan instrumen-instrumen di Lampiran E – Laporan Pelaksanaan Aktiviti COT dan Lampiran F – COT Achievement Validation Form.

Penilaian kendiri perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada akhir Mei dan akhir November.

Pihak pengurusan COT politeknik perlu menghantar hasil penilaian kendiri beserta laporan pencapaian COT kepada Bahagian Perancangan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

B. Penilaian Pusat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik

Pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat.

Panel Penilai terdiri daripada pegawai berpengalaman yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik bertanggungjawab menilai semua aktiviti atau projek COT menggunakan instrumen penilaian mengikut elemen dan pemberat pemarkahan sebagaimana yang telah ditetapkan.

Penilaian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali setahun.

C. Penilaian oleh Panel Penilai Luar

Penilaian pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh panel penilai luar yang dilantik oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat. Penilaian ini akan dilaksanakan pada tahun sasaran kematangan (contoh pada tahun kelima) pelaksanaan COT di politeknik bertujuan untuk mengiktiraf COT Politeknik telah mencapai status COT dan sekali setiap dua tahun bagi memastikan kelestarian kecemerlangan COT Politeknik.



D. Elemen Penilaian COT

Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh (7) elemen yang diambil daripada rajah konsep COT politeknik. Jadual 2 menunjukkan kriteria penilaian COT dan agihan pemberatan pemarkahan:


Bil.
Elemen Penilaian
Pemberatan %
1.
Penyelidikan dan Inovasi
20
2.
Pengajaran dan Pembelajaran
20
3.
Khidmat Kepakaran
20
4.
Kolaborasi
10
5.
Penerbitan
10
6.
Pengiktirafan
10
7.
Penjanaan Pendapatan
10
Jumlah
100



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penetapan dan Pelaksanaan Projek


Setelah menetapkan bidang tujahan dan bidang tumpuan, projek yang berpotensi perlu dikenalpasti. Kajian keperluan projek (project need analysis) hendaklah dilaksanakan untuk mengkaji dan menilai secara objektif, kritikal dan praktikal sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya. Setelah kajian keperluan dilakukan, penetapan projek dibuat berdasarkan kepada tiga (3) aktiviti teras COT iaitu:-

i.      Perkhidmatan Kepakaran
        (Expert Services – ES)
ii.    Penyelidikan dan Inovasi 
        (Research and Innovation - R&I)
iii.   Pengajaran dan Pembelajaran 
       (Teaching and Learning – T&L)

Projek yang bakal dilaksanakan boleh berteraskan salah satu atau gabungan ketiga-tiga aktiviti teras COT di atas. Bilangan projek dalam bidang tumpuan boleh melebihi satu bagi menyokong sasaran pencapaian COT. Aspek-aspek seperti kolaborasi, penerbitan, pengiktirafan serta pendapatan perlu di ambil kira secara bersepadu dalam pelaksanaan projek.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penentuan Bidang Tumpuan Melalui Kajian Keperluan Industri Dan Ekonomi

Bagi tujuan merealisasikan objektif penubuhan COT dalam bidang tujahan yang telah dipersetujui, beberapa bidang tumpuan (focus area) yang lebih spesifik perlu dikenalpasti untuk pelaksanaan aktiviti yang lebih terancang. Bidang tumpuan boleh berfokuskan sama ada kepada projek atau sub-kategori daripada bidang tujahan. 

Pemilihan ini merangkumi kajian kepada perancangan pembangunan yang dijangka akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi.

Kajian yang dilaksanakan perlu;

a) Melibatkan pihak berkuasa tempatan bagi   mendapatkan maklumat perancangan pembangunan di samping mengambil kira keperluan industri.


b) Mengambil kira hasil keberkesanan penawaran program COT yang akan membantu ekonomi.


c)Mengambil kira penglibatan industri dan dapat membantu dalam meningkat dan menjana ekonomi.


d) Seiring dengan keperluan negara dalam menghasilkan individu yang  cemerlang. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penentuan Bidang Tujahan


Kriteria-kriteria yang perlu diberi pertimbangan di dalam menentukan bidang tujahan bagi sesebuah politeknik adalah seperti berikut:-

Bidang Disiplin, Program atau Kursus Ditawarkan:

       Bidang tujahan yang dipilih hendaklah dari bidang program atau kursus yang ditawarkan di politeknik berkenaan. Bidang tujahan yang dipilih juga hendaklah bidang yang belum dijadikan bidang tujahan di mana-mana politeknik kecuali dengan justifikasi yang kukuh dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan, Jabatan Pendidikan Politeknik.

Pakar Bidang: 

    Selain daripada mempunyai pensyarah bidang, politeknik hendaklah juga memiliki pensyarah yang berpengalaman atau mempunyai kepakaran di dalam bidang yang dipilih. Politeknik juga boleh berkongsi kepakaran dengan pensyarah dalam bidang tujahan yang berada di politeknik lain.

Industri Relevan: 

  
   Kewujudan industri berkaitan yang boleh menyokong kelangsungan bidang tujahan.

Keperluan Infrastruktur dan Peralatan: 

      Politeknik memiliki infrastruktur dan peralatan asas untuk memulakan aktiviti COT di dalam bidang tujahan yang dipilih.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsep COT Politeknik

Konsep COT politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Sebagai contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan / Pusat Penyelidikan/ Institut Penyelidikan/ Pusat Perkhidmatan.



Rajah 1 : Konsep COT Politeknik



COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui;
       pemberian perkhidmatan kepakaran
       pelaksanaan penyelidikan dan inovasi
 peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.

Secara umumnya COT politeknik adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.

Konsep COT politeknik dapat dijelaskan berdasarkan Rajah 1. Aktiviti teras COT digambarkan oleh tiga elemen yang mengelilingi bulatan COT iaitu:

i.        Perkhidmatan Kepakaran 
         (Expert Services – ES)
ii.       Penyelidikan dan Inovasi 
         (Research and Innovation - R&I)
iii.      Pengajaran dan Pembelajaran
         (Teaching and Learning – T&L)

Manakala lingkaran luar mewakili empat elemen penting yang menjadi kekuatan dan penentu kejayaan sesebuah COT politeknik iaitu:

i.        Kolaborasi (Collaboration)
ii.       Penerbitan (Publication)
iii.      Pengiktirafan (Recognition)
iv.      Pendapatan (Income)



.        

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasrat Penubuhan COT

Penubuhan COT adalah untuk membantu mencapai hasrat transformasi politeknik iaitu:-


  1. Melonjak politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET
  2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar ianya selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara
  3. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat     berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing 
  4. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi             pengajian tinggi negara yang terbaik
  5. Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar                 



Kelima-lima hasrat di atas perlu menjadi asas dalam perancangan dan pelaksanaan segala program/aktiviti berkaitan pembangunan COT di politeknik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI CENTA: Kempen Kesedaran Alam Sekitar Dan Minyak Masak Terpakai Bersama Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SPBI) Sabak Bernam.

Kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran terhadap para pelajar sekolah mengenai minyak terpakai yang boleh dijadikan biodiesel. Selain itu, melalui program ini, para peserta boleh meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar dan seterusnya memupuk kesedaran alam sekitar kepada para pelajar.

Tarikh: 22 Febuari 2017
Tempat: SBP Integrasi Sabak Bernam









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI CENTA: Kempen Kesedaran Kitar Semula Bahan Terpakai


Kempen Kesedaran Kitar Semula Bahan Terpakai di adakan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah rendah tentang kepentingan mengkitar bahan semula bagi proses pengasingan bahan agar mudah untuk dilupuskan kelak. Tong jenis kitar semula disediakan bagi mendidik pelajar agar membiasakan diri untuk membuang sampah mengikut kelas yang ditetapkan iaitu Kaca, Kertas dan Tin. Semoga program seumpama ini diteruskan bagi aktiviti TOT kepada komuniti dan warga komuniti Sabak Bernam Selangor.

Tarikh: 13 Mac 2017
Lokasi: Sekolah Simpang 4, BNO
Bil. pelajar: 20 orang










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS