DIARI COT PSIS: GREEN STUDIO berkonsepkan Teknologi Alam Sekitar

Green Studio merupakan satu bangunan yang dibina berkonsepkan Teknologi Alam Sekitar. PSIS merupakan pelopor utama dalam usaha memperkenalkan bidang tujahan PSIS iaitu Teknologi Alam Sekitar yang mana menggabungkan elemen teknologi IBS dan Alam Sekitar. Disamping jimat dalam penggunan bahan mentah seperti simen dan kayu, Green Studio juga menggunakan Solar Panel sebagai sumber bekalan elektrik.Pembinaan bangunan mesra alam yang menggunakan teknologi IBS bata lego dan kerangka bumbung pasang siap.Disamping itu juga, terdapat sistem penuaian air (SPAH) sebagai sumber bekalan air. 

Terima kasih semua pihak yang membantu dalam usaha merealisasikan cita-cita COT PSIS (CENTA) untuk menerajui pembinaan berasaskan Teknologi Alam Sekitar.


Green Studio ini juga mendapat kerjasama kolaborasi dengan industri pembinaan iaitu IBS Garden dan Terreal Sdn Bhd.


Tarikh perasmian: 14 Oktober 2016
Telah dirasmikan oleh: YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah / En Shahbudin Bin Man/ Tuan Hj Ghaus Bin Abd Kadir/ YB Datuk Dr. Marry Yap Kain Ching











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIARI COT PSIS: PSIS SMART GREEN PARK 2015

Projek ini adalah projek usahasama daripada Jab. Kej. Awam (JKA) & Jab. Kej. Elektrik (JKE), Centre  of Technology (COT) dan Unit Keusahawanan. 

Projek  ini menekankan kemahiran  dan kreativiti dalam menaik taraf kemudahan yang ada di dataran JKA & JKE. 


JKA terlibat secara langsung dalam urusan kerja-kerja membina bangku, rain water harvesting, tong kitar semula. 


Manakala dari JKE adalah kerja-kerja pendawaian, pemasangan panel solar, Wi-Fi, socket dan lampu. Usaha gabungan ini adalah kali pertama dalam mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. 


Disamping itu juga CWASCO adalah projek pengkomersialan minyak masak terpakai. PSIS menjadi pelapor utama dalam usaha untuk menggalakan pelajar, staf, orang kampung dan sekolah2 berhampiran untuk menyahut usaha murni ini. Minyak masak yang terpakai boleh dijual dan digunakan semula untuk tujuan  pembuatan biodiesel. Daripada minyak masak ini dibuang dibelakang rumah, dilongkang, adalah lebih baik dikumpulkan dan dihantar di pusat pengumpulan. Idea ini bukan baru tetapi tahap kesedaran masyrakat kita adalah sangat lemah dan tidak ambil peduli kesan kepada alam sekitar. 


Marilah kita bersama menjaga alam sekitar kita dan sentiasa beringat untuk turut sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dengan lebih konsisten. 


Dilancarkan oleh bekas pengarah PSIS iaitu En Sulong Bin Yahaya sebelum beliau berpindah ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis. 


Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Politeknik iaitu Dato' Mukhlis Bin Jaafar. 



Turut sama hadir Yb Fasiah Fakeh dan Yb Kamarudin Zaki.




Tarikh perasmian: 10 Febuari 2015


Tempat: Politeknik Sultan Idris Shah


Dirasmikan oleh: Ketua Pengarah Politeknik iaitu Dato' Mukhlis Bin Jaafar.















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIARI COT PSIS: SEMINAR ENVIRO POLY 2016 Peringkat Kebangsaan


SEMINAR ENVIRO POLY 2016 telah dijalankan pada:

Tarikh: 7& 8 September 2016

Tempat: Politeknik Sultan Idris Shah

Dirasmikan oleh: Yb Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Maklumat lanjut berkaitan program,sila rujuk link dibawah

Buku Program: http://bit.ly/bukuprogramSEP

e-Prosiding: bit.ly/EprosidingSeminarEnviroPoly2016












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah penubuhan CENTA,PSIS

Ditubuhkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PSIS pada tahun 2014. Ianya ditubuhkan selaras dengan bidang tujahan yang ditetapkan iaitu Alam Sekitar. Pada tahun 29 September 2016, ia kemudiannya telah ditukar nama dan di istihar kepada Centre of Environmental Technology (CENTA) sejajar dengan nama dan fungsinya, yang berfokuskan kepada bidang tujahan Teknologi Alam Sekitar. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maksud Centre of Environmental Technology (CENTA)

Teknologi Alam Sekitar

Secara umumnya, teknologi alam sekitar adalah berasaskan kepada rekabentuk, permasalahan semasa, rundingan perkhidmatan dan pembangunan gunasama bagi melahirkan suatu ciptaan atau produk yang baru untuk keperluan manusia dan penghasilan itu boleh dijadikan sumber ekonomi atau perniagaan.


Fokus CENTA dalam teknologi alam sekitar adalah berorientasikan perkhidmatan seperti isu berkaitan alam sekitar, aplikasi teknologi dalam alam sekitar dan masalah berkaitan alam sekitar dalam bidang industri. Bidang tujahan ini disokong sepenuhnya oleh jabatan-jabatan akademik yang lain seperti kejuruteraan,perdagangan, teknologi maklumat dan  hospitaliti dan pelancongan melalui pendekatan projek berunsurkan elemen alam sekitar masing-masing. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Visi Centre of Environmental Technology (CENTA)

Menjadi Pusat Kecemerlangan dalam bidang Teknologi Alam Sekitar yang memenuhi taraf Antarabangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Centre of Environmental Technology (CENTA)

1. Menjadi COT yang kreatif dan inovatif berasaskan elemen Teknologi Alam Sekitar


2. Mencapai kedudukan Research & Development (R&D) pada tahap global.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fungsi Centre of Environmental Technology (CENTA)

1. Sebagai pusat rujukan berkonsepkan perkongsian dan pemindahan pengetahuan dan teknologi dalam pelbagai bidang kepakaran melalui kerjasama aktif dan strategik bersama pihak industri, universiti awam dan luar negara.


2. Selain itu, CENTA juga mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan serta menggalakan penulisan dan penerbitan ilmiah bagi meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam atau luar negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhidmatan Yang Ditawarkan CENTA

1. Pembangunan kitar semula minyak masak terpakai bagi pengumpulan dan khidmat komuniti(CWASCO) dan penghasilan biodiesel.


2. Perkhidmatan pemasangan dan rundingcara Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) kepada komuniti.


3.Perkhidmatan sebagai fasilitator,ajk dan penganjur Tanaman Bakau (Mangrove Planting Program)

4. Perkhidmatan sebagai penceramah bagi Kempen Kesedaran Alam Sekitar (TOT) ke sekolah-sekolah dan agensi.

5. Perkhidmatan pemasangan dan rundingcara Gazebo/Wakaf kepada komuniti (IBS & Teknologi Alam Sekitar).

6. Kursus Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar kepada sekolah dan komuniti.

7. Kursus Asas Kualiti Air dan udara.

8. Kursus Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH).

9. Pembangunan Produk Pertanian Mesra Alam.

10. Penyelidikan & Inovasi: Sisa pertanian dan sisa dapur bagi penghasilan baja kompos.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penilaian COT

Penilaian adalah satu tanggungjawab pengurusan yang dilakukan secara berterusan untuk menilai pelaksanaan pencapaian COT. Aktiviti penilaian yang dijalankan termasuk verifikasi aktiviti atau projek COT yang telah dilaksanakan dan mengukur pencapaian elemen-elemen yang ditetapkan. Lampiran D – COT Evaluation Elements & Weightage Distribution  menyenaraikan elemen-elemen yang dinilai dan agihan pemberatan.
   
Setiap COT di politeknik perlu melalui proses penilaian yang piawai sebelum dapat diiktiraf sebagai mencapai status COT. Pemantauan dan penilaian COT di politeknik akan dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu:


A. Penilaian Kendiri

Penilaian Kendiri COT merupakan satu aktiviti di bawah portfolio Timbalan Pengarah Akademik politeknik masing-masing di mana Pihak Pengurusan COT Politeknik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada pelaksanaan penilaian ini. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur dan memantau prestasi pencapaian COT di politeknik tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantau kekuatan dan kelemahan COT politeknik bagi pelaksanaan penambahbaikan secara berterusan.

Pihak pengurusan COT politeknik bertanggungjawab untuk memastikan penilaian kendiri tersebut dilaksanakan. Pihak pengurusan COT politeknik perlu menilai semua aktiviti atau projek COT dengan bantuan instrumen-instrumen di Lampiran E – Laporan Pelaksanaan Aktiviti COT dan Lampiran F – COT Achievement Validation Form.

Penilaian kendiri perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada akhir Mei dan akhir November.

Pihak pengurusan COT politeknik perlu menghantar hasil penilaian kendiri beserta laporan pencapaian COT kepada Bahagian Perancangan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

B. Penilaian Pusat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik

Pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat.

Panel Penilai terdiri daripada pegawai berpengalaman yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik bertanggungjawab menilai semua aktiviti atau projek COT menggunakan instrumen penilaian mengikut elemen dan pemberat pemarkahan sebagaimana yang telah ditetapkan.

Penilaian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali setahun.

C. Penilaian oleh Panel Penilai Luar

Penilaian pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh panel penilai luar yang dilantik oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat. Penilaian ini akan dilaksanakan pada tahun sasaran kematangan (contoh pada tahun kelima) pelaksanaan COT di politeknik bertujuan untuk mengiktiraf COT Politeknik telah mencapai status COT dan sekali setiap dua tahun bagi memastikan kelestarian kecemerlangan COT Politeknik.



D. Elemen Penilaian COT

Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh (7) elemen yang diambil daripada rajah konsep COT politeknik. Jadual 2 menunjukkan kriteria penilaian COT dan agihan pemberatan pemarkahan:


Bil.
Elemen Penilaian
Pemberatan %
1.
Penyelidikan dan Inovasi
20
2.
Pengajaran dan Pembelajaran
20
3.
Khidmat Kepakaran
20
4.
Kolaborasi
10
5.
Penerbitan
10
6.
Pengiktirafan
10
7.
Penjanaan Pendapatan
10
Jumlah
100



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penetapan dan Pelaksanaan Projek


Setelah menetapkan bidang tujahan dan bidang tumpuan, projek yang berpotensi perlu dikenalpasti. Kajian keperluan projek (project need analysis) hendaklah dilaksanakan untuk mengkaji dan menilai secara objektif, kritikal dan praktikal sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya. Setelah kajian keperluan dilakukan, penetapan projek dibuat berdasarkan kepada tiga (3) aktiviti teras COT iaitu:-

i.      Perkhidmatan Kepakaran
        (Expert Services – ES)
ii.    Penyelidikan dan Inovasi 
        (Research and Innovation - R&I)
iii.   Pengajaran dan Pembelajaran 
       (Teaching and Learning – T&L)

Projek yang bakal dilaksanakan boleh berteraskan salah satu atau gabungan ketiga-tiga aktiviti teras COT di atas. Bilangan projek dalam bidang tumpuan boleh melebihi satu bagi menyokong sasaran pencapaian COT. Aspek-aspek seperti kolaborasi, penerbitan, pengiktirafan serta pendapatan perlu di ambil kira secara bersepadu dalam pelaksanaan projek.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penentuan Bidang Tumpuan Melalui Kajian Keperluan Industri Dan Ekonomi

Bagi tujuan merealisasikan objektif penubuhan COT dalam bidang tujahan yang telah dipersetujui, beberapa bidang tumpuan (focus area) yang lebih spesifik perlu dikenalpasti untuk pelaksanaan aktiviti yang lebih terancang. Bidang tumpuan boleh berfokuskan sama ada kepada projek atau sub-kategori daripada bidang tujahan. 

Pemilihan ini merangkumi kajian kepada perancangan pembangunan yang dijangka akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi.

Kajian yang dilaksanakan perlu;

a) Melibatkan pihak berkuasa tempatan bagi   mendapatkan maklumat perancangan pembangunan di samping mengambil kira keperluan industri.


b) Mengambil kira hasil keberkesanan penawaran program COT yang akan membantu ekonomi.


c)Mengambil kira penglibatan industri dan dapat membantu dalam meningkat dan menjana ekonomi.


d) Seiring dengan keperluan negara dalam menghasilkan individu yang  cemerlang. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penentuan Bidang Tujahan


Kriteria-kriteria yang perlu diberi pertimbangan di dalam menentukan bidang tujahan bagi sesebuah politeknik adalah seperti berikut:-

Bidang Disiplin, Program atau Kursus Ditawarkan:

       Bidang tujahan yang dipilih hendaklah dari bidang program atau kursus yang ditawarkan di politeknik berkenaan. Bidang tujahan yang dipilih juga hendaklah bidang yang belum dijadikan bidang tujahan di mana-mana politeknik kecuali dengan justifikasi yang kukuh dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan, Jabatan Pendidikan Politeknik.

Pakar Bidang: 

    Selain daripada mempunyai pensyarah bidang, politeknik hendaklah juga memiliki pensyarah yang berpengalaman atau mempunyai kepakaran di dalam bidang yang dipilih. Politeknik juga boleh berkongsi kepakaran dengan pensyarah dalam bidang tujahan yang berada di politeknik lain.

Industri Relevan: 

  
   Kewujudan industri berkaitan yang boleh menyokong kelangsungan bidang tujahan.

Keperluan Infrastruktur dan Peralatan: 

      Politeknik memiliki infrastruktur dan peralatan asas untuk memulakan aktiviti COT di dalam bidang tujahan yang dipilih.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konsep COT Politeknik

Konsep COT politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Sebagai contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan pembangunan teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan / Pusat Penyelidikan/ Institut Penyelidikan/ Pusat Perkhidmatan.



Rajah 1 : Konsep COT Politeknik



COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui;
       pemberian perkhidmatan kepakaran
       pelaksanaan penyelidikan dan inovasi
 peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.

COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.

Secara umumnya COT politeknik adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.

Konsep COT politeknik dapat dijelaskan berdasarkan Rajah 1. Aktiviti teras COT digambarkan oleh tiga elemen yang mengelilingi bulatan COT iaitu:

i.        Perkhidmatan Kepakaran 
         (Expert Services – ES)
ii.       Penyelidikan dan Inovasi 
         (Research and Innovation - R&I)
iii.      Pengajaran dan Pembelajaran
         (Teaching and Learning – T&L)

Manakala lingkaran luar mewakili empat elemen penting yang menjadi kekuatan dan penentu kejayaan sesebuah COT politeknik iaitu:

i.        Kolaborasi (Collaboration)
ii.       Penerbitan (Publication)
iii.      Pengiktirafan (Recognition)
iv.      Pendapatan (Income)



.        

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS