Penilaian COT

Penilaian adalah satu tanggungjawab pengurusan yang dilakukan secara berterusan untuk menilai pelaksanaan pencapaian COT. Aktiviti penilaian yang dijalankan termasuk verifikasi aktiviti atau projek COT yang telah dilaksanakan dan mengukur pencapaian elemen-elemen yang ditetapkan. Lampiran D – COT Evaluation Elements & Weightage Distribution  menyenaraikan elemen-elemen yang dinilai dan agihan pemberatan.
   
Setiap COT di politeknik perlu melalui proses penilaian yang piawai sebelum dapat diiktiraf sebagai mencapai status COT. Pemantauan dan penilaian COT di politeknik akan dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu:


A. Penilaian Kendiri

Penilaian Kendiri COT merupakan satu aktiviti di bawah portfolio Timbalan Pengarah Akademik politeknik masing-masing di mana Pihak Pengurusan COT Politeknik telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penilai kepada pelaksanaan penilaian ini. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur dan memantau prestasi pencapaian COT di politeknik tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantau kekuatan dan kelemahan COT politeknik bagi pelaksanaan penambahbaikan secara berterusan.

Pihak pengurusan COT politeknik bertanggungjawab untuk memastikan penilaian kendiri tersebut dilaksanakan. Pihak pengurusan COT politeknik perlu menilai semua aktiviti atau projek COT dengan bantuan instrumen-instrumen di Lampiran E – Laporan Pelaksanaan Aktiviti COT dan Lampiran F – COT Achievement Validation Form.

Penilaian kendiri perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada akhir Mei dan akhir November.

Pihak pengurusan COT politeknik perlu menghantar hasil penilaian kendiri beserta laporan pencapaian COT kepada Bahagian Perancangan Politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

B. Penilaian Pusat oleh Jabatan Pendidikan Politeknik

Pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat.

Panel Penilai terdiri daripada pegawai berpengalaman yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik bertanggungjawab menilai semua aktiviti atau projek COT menggunakan instrumen penilaian mengikut elemen dan pemberat pemarkahan sebagaimana yang telah ditetapkan.

Penilaian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali setahun.

C. Penilaian oleh Panel Penilai Luar

Penilaian pencapaian COT politeknik akan dinilai oleh panel penilai luar yang dilantik oleh Jawatankuasa COT Jabatan Pendidikan Politeknik untuk mengukur prestasi pencapaian COT di setiap politeknik yang terlibat. Penilaian ini akan dilaksanakan pada tahun sasaran kematangan (contoh pada tahun kelima) pelaksanaan COT di politeknik bertujuan untuk mengiktiraf COT Politeknik telah mencapai status COT dan sekali setiap dua tahun bagi memastikan kelestarian kecemerlangan COT Politeknik.



D. Elemen Penilaian COT

Penilaian terhadap COT politeknik adalah berdasarkan tujuh (7) elemen yang diambil daripada rajah konsep COT politeknik. Jadual 2 menunjukkan kriteria penilaian COT dan agihan pemberatan pemarkahan:


Bil.
Elemen Penilaian
Pemberatan %
1.
Penyelidikan dan Inovasi
20
2.
Pengajaran dan Pembelajaran
20
3.
Khidmat Kepakaran
20
4.
Kolaborasi
10
5.
Penerbitan
10
6.
Pengiktirafan
10
7.
Penjanaan Pendapatan
10
Jumlah
100



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment