Konsep COT politeknik
diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Sebagai
contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Kecemerlangan ditakrifkan
sebagai pusat pengembangan ilmu yang menggabungkan kepakaran dan kemahiran
daripada pelbagai bidang untuk menjalankan penyelidikan yang asli dan rintis
bagi memberikan kepimpinan ilmu dalam bentuk penggubalan dasar dan pembangunan
teknologi kepada masyarakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Pusat kecemerlangan adalah dalam pelbagai bentuk iaitu Makmal Penyelidikan / Pusat
Penyelidikan/ Institut Penyelidikan/ Pusat Perkhidmatan.
Rajah 1 : Konsep COT Politeknik
|

COT di politeknik pula
merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang
tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui;
•
pemberian perkhidmatan kepakaran
•
pelaksanaan penyelidikan dan inovasi
• peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran.
COT
juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat
dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.
Secara umumnya COT politeknik
adalah sebuah pusat yang mengembeleng pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang
dimiliki oleh warga politeknik dalam bidang tujahan tertentu serta
memperkembangkan pengetahuan, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik melalui
kerjasama strategik dengan sektor industri, awam dan akademia demi menghasilkan
impak maksima kepada kecemerlangan organisasi dan graduan politeknik.
Konsep COT politeknik dapat dijelaskan
berdasarkan Rajah 1. Aktiviti teras COT digambarkan oleh tiga elemen yang
mengelilingi bulatan COT iaitu:
i.
Perkhidmatan
Kepakaran
(Expert Services – ES)
ii.
Penyelidikan
dan Inovasi
(Research and Innovation -
R&I)
iii.
Pengajaran
dan Pembelajaran
(Teaching and Learning –
T&L)
Manakala lingkaran luar mewakili empat
elemen penting yang menjadi kekuatan dan penentu kejayaan sesebuah COT
politeknik iaitu:
i.
Kolaborasi
(Collaboration)
ii.
Penerbitan
(Publication)
iii.
Pengiktirafan
(Recognition)
iv. Pendapatan
(Income)
.
0 comments:
Post a Comment